
Bermula dari hasrat untuk mendidik anak-anak Islam dengan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan Ulum Islami, Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Hj Khalid bin Abdul Rahman secara konsisten telah mengembeling usaha untuk menubuhkan gedung ilmu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan izin Allah s.w.t dan bantuan secara kolektif dari beberapa individu, maka tertubuhlah Madrasah Ulumul Syariah Wal-Quraniah pada tahun 1991 yang kemudiannya dikenali juga sebagai Maahad Tahfiz Wattalaqqi.
Setelah lebih 30 tahun Maahad beroperasi tanpa entiti khusus yang rasmi menguruskan aktiviti perniagaan, pada tahun 2022 kami telah mendaftarkan Koperasi Almarbawi Perak Berhad sebagai suatu organisasi yang menjalankan perniagaan bagi mencapai objektif membiayai pusat pendidikan Maahad Tahfiz Wattalaqqi.